Rancangan Pengajaran Harian


 SLOT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

Masa       : 1 jam, ( 60 minit )
Tema       : Alam Hidupan
Subtema : Haiwan di Air
Bilangan Murid : 25 orang
Tunjang Utama : Bahasa dan Komunikasi

Standard Pembelajaran:
1)    BM 2.2.3 - Bersoaljawab berdasarkan tema,minat dan situasi semasa.
2)    BM 3.5    -Membaca perkataan
3)    KTI 1.1.5 -Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.

Kesepaduan Tunjang
  1. ST13.1.5 -Bekerjasama dengan kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan          komputer 
  2. PS 2.3.5  -Bertanya dengan penuh keyakinan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
  1. Mengenali  enam jenis haiwan di dalam air
  2. Mengeja dan membaca nama –nama  haiwan dengan betul
  3. Memadan dan menulis nama haiwan  di air dengan betul
  4. Murid dapat mewarnakan gambar ikut kreativiti.
Pengetahuan sedia ada murid : Murid sudah biasa melihat hidupan air.

Bahan Bantu Mengajar: Slide,paint, ,lembaran kerja

Aktiviti Pengayaan : Murid bermain puzzle haiwan di air sebagai aktiviti tambahan
                                   Atau pengayaan seperti ketam,ikan,tapak sulaiman dan penyu.

LANGKAH 1
SET  INDUKSI: 5 minit
1)    Murid mendengar lagu berkaitan tema hidupan di air iaitu lagu ikan kekek yang dimuat turun melaui you tube.
2)    Murid menyanyikan lagu beramai-ramai.
3)    Kaitkan dengan tema  pelajaran yang akan dipelajari.

LANGKAH  2 : 15 minit
1)    Murid melihat slide haiwan di air yang dipamerkan seperti ikan, siput sotong.ketam,kuda laut,kerang,siput ,udang ,penyu dan tapak sulaiman
2)    Murid bersoaljawab mengenai  bentuk,rupa ,saiz,warna ,bahagian badan   haiwan –haiwan tersebut.contohnya ikan bersisik,ketam berkaki,kerang bercengkerang.
3)    Murid menyebut semula haiwan –haiwan yang mereka lihat tadi.

LANGKAH 3 : 20 Minit
  1. Murid membaca mengeja perkataan nama bagi ikan,ketam,kerang,siput, penyu, kerang,kuda laut dan siput satu persatu
  2. Murid mengulang mengeja perkataan yang di tunjukkan seorang demi seorang.
  3. Murid membuat dua aktiviti, pertama memadankan gambar dengan perkataan dan menulis nama-nama haiwan melalui lembaran kerja yang di muat turun dan boleh di print.(Guru perlu muat turun terlebih dahulu dan buat salinan  )

LANGKAH 4: 15 Minit
1)    Murid  cuba mewarna gambar haiwan di air  mengikut kreativiti melalui perisian painting .Gambar yang di warnakan boleh diprint.
2)    Murid mewarna lukisan mengikut kreativiti mereka melalui gambar yang telah di print terlebih dahulu oleh guru.

PENUTUP : 5 minit
1)    Murid menyatakan semula pelajaran yang telah dipelajari  mengenai haiwan di air seperti menamakan semula haiwan dan mengeja nama haiwan.
2)    Mempamerkan hasil kerja murid.
3)    Murid menyanyikan semula lagu ikan kekek  melalui senikata yang tertera.

No comments:

Post a Comment